Wednesday, February 18, 2009

SAMPAI BILA KAUM CINA MASIH NAK PERTIKAI ......

Terkejut benar di pagi ini
Membaca Utusan akbar perdana
Hak melayu dipertikai lagi
Ekuiti di sektor pengangkutan pula

Dicabar oleh sahabat MCA
Komponen cina dalam Barisan
Selepas ini nak cabar apa pula
Orang melayu tertekan sakan

Sekali pilihanraya sekali dicabar
Mungkin untuk demand undi
Sampai bila melayu kan bersabar
Mungkin ke, sampai ke.....MATI


BARISAN hancur melayu yang rugi
PAKATAN hancur melayu gak rugi
Kaum lain sedia menanti
Mengaut untung diri sendiri

Mereka berjuang bukan sendirian
Melayu juga jadi barangan
Pelbagai taktik mereka jalankan
Asal berjaya segala impian

Cukuplah sudah politik bertahan
Jadi sasaran setiap golongan
Sesekali tunjukan kejantanan
Bukankan melayu asalnya PAHLAWAN

Mana lagi cendikiawan semua
Jangan hanya tahu menentang
Perahkan pemikiran bantulah bangsa
Sebelum semua menangis terlentang

Bulat air kerana pembetung
Bulat kata kerana maufakat
Sedarlah diri tahu dik untung
Baru rezeki menjadi berkat

Ingat pesan Dato' Hang Tuah
Takkan melayu hilang di dunia
Berubat lah ia sebelum parah
Tersilap langkah buruk padahnya.

.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment