Friday, February 6, 2009

Saing kuba ite bekeng wehhhh.............
.
Warga emas parah ditanduk lembu betina
CEDERA...Salleh dirawat di HUKM.
KOTA BHARU: “Niat saya cuma mahu membantu melepaskan lembu betina itu selepas kakinya tersangkut dawai berduri. Entah macam mana lembu itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan menanduk saya berulang kali.“Mujur saya dapat berlari pulang ke rumah walaupun cedera. Jika tidak, mungkin nyawa saya terancam,” kata warga emas, Salleh Saamah, 89, yang parah ditanduk seekor lembu di Kampung Kemudu Gaal, Pasir Puteh di sini, tengah hari kelmarin.Tandukan berulang kali itu menyebabkan warga emas terbabit cedera di kepala dan patah lima tulang rusuk.Mangsa yang dikenali sebagai Pak Leh pengsan kerana kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan menerima 11 jahitan di kepala.

No comments:

Post a Comment