Wednesday, February 18, 2009

SAMPAI BILA KAUM CINA MASIH NAK PERTIKAI ......

Terkejut benar di pagi ini
Membaca Utusan akbar perdana
Hak melayu dipertikai lagi
Ekuiti di sektor pengangkutan pula

Dicabar oleh sahabat MCA
Komponen cina dalam Barisan
Selepas ini nak cabar apa pula
Orang melayu tertekan sakan

Sekali pilihanraya sekali dicabar
Mungkin untuk demand undi
Sampai bila melayu kan bersabar
Mungkin ke, sampai ke.....MATI


BARISAN hancur melayu yang rugi
PAKATAN hancur melayu gak rugi
Kaum lain sedia menanti
Mengaut untung diri sendiri

Mereka berjuang bukan sendirian
Melayu juga jadi barangan
Pelbagai taktik mereka jalankan
Asal berjaya segala impian

Cukuplah sudah politik bertahan
Jadi sasaran setiap golongan
Sesekali tunjukan kejantanan
Bukankan melayu asalnya PAHLAWAN

Mana lagi cendikiawan semua
Jangan hanya tahu menentang
Perahkan pemikiran bantulah bangsa
Sebelum semua menangis terlentang

Bulat air kerana pembetung
Bulat kata kerana maufakat
Sedarlah diri tahu dik untung
Baru rezeki menjadi berkat

Ingat pesan Dato' Hang Tuah
Takkan melayu hilang di dunia
Berubat lah ia sebelum parah
Tersilap langkah buruk padahnya.

.....haibasa.....

Saturday, February 14, 2009

BETUL.....semua ketua UMNO Bahagian di Kelantan kena berubah

UMNO di Kelantan adalah pembangkang…...
Itulah hakikatnya selama ini…..20 tahun dah berlalu
Entah berapa tahun lagi ia akan berterusan.
Tak silap….. dah 5 kali pilihanraya…..5 kali KO

Selepas setiap kali pilihanraya berlalu, UMUM atau KECIL.
Sama saja, nak buat ‘Post Mortem”
Nak buat perubahan. Nak tukar kepimpinan.
Tapi lepas sehari dua
Bila sejuk. Semua kembali ke asal. TAK BERUBAH LANGSUNG.

Kasihanlah kepada kami…
Generasi baru rakyat Kelantan.
Dah tak tahan disogok dengan politik kaku.
Politik didominasi oleh parti yang tak konsisten.
Belum pilihanraya dasar lain.
Dalam pilihanraya cara lain pula.
Bila menang dan memerintah lain sekali lagi.
Berubah “SEMACAM”…..karawale…karawale.

Yang pelik semua rakyat hanya berdiam.
UMNO berdiam. Apalagi puak-puak dia.
Macam tikus jatuh dalam gelob.
Semua dalam zon selesa.

Pemimpin UMNO pula berebut-rebut nak bagi khidmat.
Dah 20 tahun bagi khidmat dan projek.
Hasilnya semakin hari semakin berkurang sokongan.
Apakah rakyat tidak menghargai semua itu …..???
BUKAN…..!!! Rakyat menghargainya. Rakyat ucap TERIMA KASIH.
Tapi bukan dalam bentuk UNDI dalam pilihanraya.

Mereka sayangkan “AGAMA”.
Meraka sayangkan “UKHRAWI”
Mereka sayangkan “ALIM ULAMAK”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN DARAT”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK DOK KAPONG”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH KECEK KIRA SOKMO” tak kira masa.
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK PAKAI MACE ORANG KAPONG”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK TAKDAK BODIGAK”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK PAKA KETER DATSUN WAH ULU”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK TAK BAWAK HENSET”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH WAK IME SEMAYE”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH JADI SEH NGATIK”
Dan mereka sayangkan pemimpin hak macam-macam lagi.

Biarkan semua itu menjadi “ZIKIR” rakyat kelate.
Sebagai pemimpin UMNO sedarlah kamu adalah ketua kepada ahli UMNO SAHAJA dan berkhidmatlah sebaik mungkin kepada “AHLI UMNO SAHAJA” juga.
Biarkan wakil rakyat yang berkhidmat untuk semua rakyat.
Jangan mencampuri “TUGASAN ORANG LAIN”
Insya ALLAH rakyat Kelantan akan BERUBAH.

…..haibasa…..

Wednesday, February 11, 2009

Budi bahasa dan sifat murni

Zaman Dato' Nizar dah habis tempoh
Sifat derhaka membara di diri
Ikutlah resam Datuk Seri Idris Jusoh
Ditolak istana kesetiaan bertakhta di hati

Mari bersama muhasabah diri
Jangan derhaka membuta tuli
Ingatlah ALLAH ikutkan Nabi
Ajaran ISLAM yang MAHA suci

Itu saja pesanan hamba
Untuk Melayu seluruh negara
Usah termakan adu dumba
Semua untuk musnahkan kita

.....haibasa.....

KEKURANGAN DI PIHAK GURU KENAPA MURID TERIMA AKIBAT.....

Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di akhir-akhir ini diperkatakan dengan guruhnya di masmedia. Pelbagai pihak khasnya cendikiawan memberi pandangan dan pendapat. Agak kurang sekali pendapat dari pihak ibubapa diketengahkan. Mengapakah ini boleh terjadi...?
.
Hari ini saya cuba untuk mengajukan pendapat di sebelah ibubapa. Saya agak banyak membaca pendapat yang telah dikemukakan. Ada yang baik dan ada pula yang agak keterlaluan. Dikira dari latarbelakang pemberi pendapat mereka adalah terdiri dari golongan tertinggi di bidang diceburi. Malah tertinggi di peringkat negara. Ada juga pendapat dan perlakuan dilakukan seperti budak-budak. Tak padan dengan latarbelakang mereka.
.
Saya sebagai orang kampung juga ibubapa kepada anak-anak yang terlibat dengan terus dalam "pertarungan" ini. Saya mempunyai tiga orang anak yang terlibat. Tingkat empat, dua dan tahun empat. Mereka sedang mengikuti program PPSMI ini di sekolah masing-masing. Sekolah mereka juga berada di kampung dan luar bandar. Setelah meneliti pembelajaran anak-anak, saya dapati mereka dapat mengikutinya dengan baik. Juga berjaya mendapat keputusan dan markah yang agak baik dalam setiap ujian dan peperiksaan. Saya tak nampak apa masaalah di pihak anak-anak.
.
Melihat dari aspek pembelajaran, saya nampak ada sedikit masaalah di pihak guru yang mengajar. Di sekolah, majoriti guru-guru mengajar di kelas dengan menggunakan Bahasa Melayu. Tidak menggunakan Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Ini kerana agak ramai guru yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris. Apa lagi nak mengajar murid-murid mereka. Mereka sendiri pun "tak rak bawa bodi" dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
.
Mengapa ini semua berlaku.....
Mungkinkah persediaan di pihak Kementerian Pelajaran agak tak kukuh. Terus lancar PPSMI tanpa membuat persediaan yang lengkap dan sepenuhnya kepada para guru-guru. Tak padan hanya dengan kursus jangka pendek. Atau kursus tempatan saja. Guru-guru perlu dilatih kembali di peringkat universiti atau pun di Institut Perguruan. Mantapkan dulu guru-guru baru dilepaskan dilapangan. Barulah lah OK.... Panjangkan kail baru mencuba di lautan yang dalam.
.
Kamelut ini akan terus berlarutan. Carilah kaedah agar dapat dikurangkan permasaalahannya. Perkayakan kemahiran guru-guru. Tekankan di peringkat tahun satu lagi. Kalau boleh guru yang nak mengajar dalam PPSMI ini biarlah mereka juga mahir dan berkelulusan dalam Bahasa Inggeris. Misal nya dalam ijazah "teaching english as a second language" (TESL) atau sepadannya. Insya Allah pemasaalah ini juga akan hilang dengan sendirinya jika guru-guru sudah lama mengajar dan mempunyai pengalaman yang mantap dalam Bahasa Inggeris.
.
Minta saya.....janganlah PPSMI ini dihapuskan. Perbaikkan ia. Jangan hapuskan ia. Percayalah ianya amat baik untuk pelajar lebih maju dibidang Matematik dan Sains apabila ia berada di peringkat universiti nanti. Pengalaman saya hampir 90% buku rujukan dalam subjek ini adalah dalam Bahasa Inggeris.
.
Kajilah darimana datangnya permasaalah adakah di pihak murid atau di pihak guru. Jika dah tahu akan masaalahnya carilah jalan penyelesaian. Janganlah nanti lain tempat gatal, lain tempat pula yang digaru. Karawale.....karawale.
.....haibasa.....

Saturday, February 7, 2009



ngepek

Kalu ore lain sume salah. Sume jahat. Sume tak kena. Kalu dia molek belako. Apo nasia nih. Karawale pati mace mace. Sapa kemat kah baru nak bereti. Maksiak pati tak habih sokmo lah kalu lagu nih. Puak puak nih tak pikir weh. Ore dok mikir pitih kohor kure. Dia pulak pikir nak tambah kuasa dia jah. Puak puak demo nih tak sie koh ko rakyak marhain ni.....?
.
Kalu ore lain sume salah. Baru nih dia nak kere ADR BN buleh. Nya gi sapa ko Taiwan. Tak ape. Dia kata tu kebebase. ADR buleh pilih sapo hok molek. Sapo hok dia nok sokong. Pati mana banyak jasa. Pati mana bela rakyak. Mace mace alase dia reka. Baru nih ADUN UMNO tubit pati dan masuk pati dia di Perak. Buleh..... tu demokrasi dia kata. Sebab ada kepentenge dia.
Kalu ore lain sume salah. Allah maha kuasa. Nya teh pulak 3 ore kaliguh tubik pati dia. Buke masuk mana pati pun dalam BN. Baru jadi ADUN Bebah. Kuca bojen dah. Jadi pening relu. Mutar itek. Napak mace mabok todi dah. Sokak nampak ada lagi atah pala. Otak jah mereng sikit. Tak leh nak mikir. Tak tau dah hak mano beto. Hok mano salah. Tengok keluluse molek kat lah ...Ir nah. Bila kena ujian Allah.....ilmu tak tau pah mano. Terimalah denge syuko. Tu Allah dah tentuke. Alhamdulillah...... Rakyat lebih susah dari demo lagih weh. Kalu takdir kena benti MB bentilah. Ba.....lah dok tambah fitnah situ, hasok sini. Biar demo sore jah mutar, jange lah nak ajak dan palik pulak ko rakyat retek.
Kalu ore lain sume salah. Tak pade nge BMB (bekah MB) gelabah tuh. Tambah pulak 3 ore lagi .... koho besar peningnya. Sore penasihat pati. Sore Presiden pati.....mutar besa jubah laboh. Sore raso mace ketua pati jugak si mamat mata repet tu...Biarlah ikut dia lah. Ratam 3 ore sokong BMB tuh biar jange letak jawate. Tak letak guano weh ..... demo ado 28. Ore lain 28 + 3. Mano banyok. Suruh buba dewe lagi. Marin demo 3 dan 1 tuh dah buat keputusan. Ari nih baru nak buba. Mana lebih duluh......!!! Budak jah satu pon panda kiro. Ni puak puak Ir, Tok guru, pakat Dato' seri lagi tuh tak panda.

Itulah dunia.....lupa akhirat. Kalu untung ko demo bereh. Kalu rugi. Tentu salah. Tentu haram. Tentu zalim. Tentu Rasuah. Tentu salah guna kuasa. Tentu REPOT POLIH. Ni lah pangai puah nih. Sede meresak di negera kita. Bak kata pesene ore tua....."WAHARAMUM KALU MAKE SORE, WAHALALOM KALU BAGI DUA". Sekie.

.....haibasa.....

Friday, February 6, 2009

Saing kuba ite bekeng wehhhh.............
.
Warga emas parah ditanduk lembu betina
CEDERA...Salleh dirawat di HUKM.
KOTA BHARU: “Niat saya cuma mahu membantu melepaskan lembu betina itu selepas kakinya tersangkut dawai berduri. Entah macam mana lembu itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan menanduk saya berulang kali.“Mujur saya dapat berlari pulang ke rumah walaupun cedera. Jika tidak, mungkin nyawa saya terancam,” kata warga emas, Salleh Saamah, 89, yang parah ditanduk seekor lembu di Kampung Kemudu Gaal, Pasir Puteh di sini, tengah hari kelmarin.Tandukan berulang kali itu menyebabkan warga emas terbabit cedera di kepala dan patah lima tulang rusuk.Mangsa yang dikenali sebagai Pak Leh pengsan kerana kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan menerima 11 jahitan di kepala.