Wednesday, February 11, 2009

KEKURANGAN DI PIHAK GURU KENAPA MURID TERIMA AKIBAT.....

Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di akhir-akhir ini diperkatakan dengan guruhnya di masmedia. Pelbagai pihak khasnya cendikiawan memberi pandangan dan pendapat. Agak kurang sekali pendapat dari pihak ibubapa diketengahkan. Mengapakah ini boleh terjadi...?
.
Hari ini saya cuba untuk mengajukan pendapat di sebelah ibubapa. Saya agak banyak membaca pendapat yang telah dikemukakan. Ada yang baik dan ada pula yang agak keterlaluan. Dikira dari latarbelakang pemberi pendapat mereka adalah terdiri dari golongan tertinggi di bidang diceburi. Malah tertinggi di peringkat negara. Ada juga pendapat dan perlakuan dilakukan seperti budak-budak. Tak padan dengan latarbelakang mereka.
.
Saya sebagai orang kampung juga ibubapa kepada anak-anak yang terlibat dengan terus dalam "pertarungan" ini. Saya mempunyai tiga orang anak yang terlibat. Tingkat empat, dua dan tahun empat. Mereka sedang mengikuti program PPSMI ini di sekolah masing-masing. Sekolah mereka juga berada di kampung dan luar bandar. Setelah meneliti pembelajaran anak-anak, saya dapati mereka dapat mengikutinya dengan baik. Juga berjaya mendapat keputusan dan markah yang agak baik dalam setiap ujian dan peperiksaan. Saya tak nampak apa masaalah di pihak anak-anak.
.
Melihat dari aspek pembelajaran, saya nampak ada sedikit masaalah di pihak guru yang mengajar. Di sekolah, majoriti guru-guru mengajar di kelas dengan menggunakan Bahasa Melayu. Tidak menggunakan Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Ini kerana agak ramai guru yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris. Apa lagi nak mengajar murid-murid mereka. Mereka sendiri pun "tak rak bawa bodi" dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
.
Mengapa ini semua berlaku.....
Mungkinkah persediaan di pihak Kementerian Pelajaran agak tak kukuh. Terus lancar PPSMI tanpa membuat persediaan yang lengkap dan sepenuhnya kepada para guru-guru. Tak padan hanya dengan kursus jangka pendek. Atau kursus tempatan saja. Guru-guru perlu dilatih kembali di peringkat universiti atau pun di Institut Perguruan. Mantapkan dulu guru-guru baru dilepaskan dilapangan. Barulah lah OK.... Panjangkan kail baru mencuba di lautan yang dalam.
.
Kamelut ini akan terus berlarutan. Carilah kaedah agar dapat dikurangkan permasaalahannya. Perkayakan kemahiran guru-guru. Tekankan di peringkat tahun satu lagi. Kalau boleh guru yang nak mengajar dalam PPSMI ini biarlah mereka juga mahir dan berkelulusan dalam Bahasa Inggeris. Misal nya dalam ijazah "teaching english as a second language" (TESL) atau sepadannya. Insya Allah pemasaalah ini juga akan hilang dengan sendirinya jika guru-guru sudah lama mengajar dan mempunyai pengalaman yang mantap dalam Bahasa Inggeris.
.
Minta saya.....janganlah PPSMI ini dihapuskan. Perbaikkan ia. Jangan hapuskan ia. Percayalah ianya amat baik untuk pelajar lebih maju dibidang Matematik dan Sains apabila ia berada di peringkat universiti nanti. Pengalaman saya hampir 90% buku rujukan dalam subjek ini adalah dalam Bahasa Inggeris.
.
Kajilah darimana datangnya permasaalah adakah di pihak murid atau di pihak guru. Jika dah tahu akan masaalahnya carilah jalan penyelesaian. Janganlah nanti lain tempat gatal, lain tempat pula yang digaru. Karawale.....karawale.
.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment