Saturday, February 14, 2009

BETUL.....semua ketua UMNO Bahagian di Kelantan kena berubah

UMNO di Kelantan adalah pembangkang…...
Itulah hakikatnya selama ini…..20 tahun dah berlalu
Entah berapa tahun lagi ia akan berterusan.
Tak silap….. dah 5 kali pilihanraya…..5 kali KO

Selepas setiap kali pilihanraya berlalu, UMUM atau KECIL.
Sama saja, nak buat ‘Post Mortem”
Nak buat perubahan. Nak tukar kepimpinan.
Tapi lepas sehari dua
Bila sejuk. Semua kembali ke asal. TAK BERUBAH LANGSUNG.

Kasihanlah kepada kami…
Generasi baru rakyat Kelantan.
Dah tak tahan disogok dengan politik kaku.
Politik didominasi oleh parti yang tak konsisten.
Belum pilihanraya dasar lain.
Dalam pilihanraya cara lain pula.
Bila menang dan memerintah lain sekali lagi.
Berubah “SEMACAM”…..karawale…karawale.

Yang pelik semua rakyat hanya berdiam.
UMNO berdiam. Apalagi puak-puak dia.
Macam tikus jatuh dalam gelob.
Semua dalam zon selesa.

Pemimpin UMNO pula berebut-rebut nak bagi khidmat.
Dah 20 tahun bagi khidmat dan projek.
Hasilnya semakin hari semakin berkurang sokongan.
Apakah rakyat tidak menghargai semua itu …..???
BUKAN…..!!! Rakyat menghargainya. Rakyat ucap TERIMA KASIH.
Tapi bukan dalam bentuk UNDI dalam pilihanraya.

Mereka sayangkan “AGAMA”.
Meraka sayangkan “UKHRAWI”
Mereka sayangkan “ALIM ULAMAK”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN DARAT”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK DOK KAPONG”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH KECEK KIRA SOKMO” tak kira masa.
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK PAKAI MACE ORANG KAPONG”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK TAKDAK BODIGAK”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK PAKA KETER DATSUN WAH ULU”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK TAK BAWAK HENSET”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH WAK IME SEMAYE”
Mereka sayangkan “PEMIMPIN HAK BULEH JADI SEH NGATIK”
Dan mereka sayangkan pemimpin hak macam-macam lagi.

Biarkan semua itu menjadi “ZIKIR” rakyat kelate.
Sebagai pemimpin UMNO sedarlah kamu adalah ketua kepada ahli UMNO SAHAJA dan berkhidmatlah sebaik mungkin kepada “AHLI UMNO SAHAJA” juga.
Biarkan wakil rakyat yang berkhidmat untuk semua rakyat.
Jangan mencampuri “TUGASAN ORANG LAIN”
Insya ALLAH rakyat Kelantan akan BERUBAH.

…..haibasa…..

2 comments:

  1. Kurang tepat wakil rakyat UMNO untuk org umno saja.Tanya PakLah pun beliau marah.Buat baik ko semua orang la.bawa gula,gi jalan, melawat kg,orang sakit jenguk.tak payah mana jadi wakil raktay.Tiru macam Che lat Kasim barulah 5 penggal bulih jadi wakil rakyat.Ni Dok baru naik nak berdendam dah.ambo nasihat jah nak suruh molek. M

    ReplyDelete
  2. Che yusof ... baca molek2 ambo kata Ketua UMNO Bahagian hanya kena berkhidmat untuk orang UMNO sahaja.Tapi kalu ADUN atau ADR tak kira parti mana kena khidmat untuk semua rakyat...ada paham? Tak payah nak nasihat org UMNO nasuhatlah YB-YB PAS di kelate. Mereka khidmat untuk sapa...org pah pun dak org UMNO samasekali tidak.Pah mereka make gaji bute jasssss
    .....haibasa.....

    ReplyDelete