Sunday, April 26, 2009

Biar kalah tapi......

Klate tetap JUARA walaupun kalah piala FA, sebab Klate naib JUARA.
Cuba lagi tahun depan. Jange putus asa. GOMO KLATE GOMO

.....haibasa.....

Tuesday, April 21, 2009

Klate bakal JUARA PIALA FA...???

Marilah sama-sama kita rakyat Klate semua mendoakan sepatah "Ya Allah, Ya Tuhanku...limpahkan lah rahmat Mu agar memberi kelebihan kepada pasukan bola negeri ku Klate menjulang piala sebagai JOHAN PIALA FA 2009, amin"
.
Mari semua kita melancong membanjiri stadium Bukit Jalil sabtu nie untuk memberi sokongan padu semangat kental kepada pasukan Klate. Jange merusuh lagi....malu dong !! Sokong, sokong, sokong. Sorak, sorak, sorak. Pong, pong,pong. Biar selak pemain atah pade. Siup wisel olek, olek, olek depe gol dan sumat teruh. Biso weh Klate.
.
Semua Ketua UMNO Bahagie dale Klate kena pakat gi blako. Tiap Bahagie kena bawak penyokong 10 buah bas. Biar budak skolah takleh gi skolah ari ahad tuh....:> sebab sumer bas skolah habih kita sewa gi Bukit Jalil. Kalu takleh tambang free pun biar baya sikit jah. Jange baya mahal sangat...sie ko penyokong.
.
Ketepi semua perasaan lain. Kita gi hanya saaaaa jah. Sokong Klate biar jadi JUARA.

"GOMO KLATE GOMO"

.....haibasa.....

Monday, April 13, 2009

Menteri kabinet dale bahasa kapong

Dato' Najib - Boss Malaysia /PM dan menteri pitih
Dato' Muhyidin - timbale PM dan menteri sekolah

Dato' Zahid - menteri askar
Dato' Hishamuddin - menteri polih
Dato' Shafie Afdal - menteri rancange

Dato' Shahrizat - menteri wilper
Dato' Mustafa - menteri nega luar negeri
Dato' Rais - menteri tibi
Dato' Shabry Cheek - menteri budak-budak
Dato' Noh - menteri tane menane
Dato' Nazri - menteri loya dan hakim
Dato' Khalid Nordin - menteri u
Dato' Ong Tee Keat - menteri kheter muto
Dato' Ng Yen yen - menteri jale-jale
Dato' Leow Teong Lai - menteri spita

tu jah lah hak peting-peting

.....haibasa.....

BILA PULAK NAK TUKAR MENTERI BESAR.....?

Jange lah wi lama sangat.
Menteri Besa hak lama doah dan noking tuh tukarlah.

.....haibasa.....

Saturday, April 11, 2009

STADIUM BARU DI KELANTAN...adakah ini hanya impian ???

...Insiden rusuhan bolasepak oleh penyokong Kelantan selasa lepas amat memalukan. Namun demikian, dengan mengenepikan semua alasan yang subjektif. Cuba kita lihat di satu sudut lain. Pertama kedudukan Stadium Sultan Muhamad Ke IV itu sendiri dan keadaan stadium yang sempit dan dhaif serta uzur. Rasanya tidak sesuai lagi untuk dijadikan 'gelanggang bolasepak" untuk peringkat "yang panas". Hanya sesuai untuk peringkat awal dan perlawanan persahabatan sahaja.
.
...Seandainya pintu dan laluan keluar masuk dan tempat parking kenderaan, khasnya kenderaan POLIS atau VIP berada agak jauh antara satu sama lain (seperti Stadium Sultan Mizan Terengganu) dan selesa dengan laluan yang luas rasanya rusuhan itu tak akan berlaku.
.
...Penyokong sedang panas, bola kalah...akibatnya rasa nak tumbok pengadil, nak sepak pemain lawan, nak siku jurulatih, nak tomoi pengurus, nak jek penyokong lawan dan berbagai nak nak nak nak lagi. Tapi semuanya tak dapat. Habis, keluar dengan mulut menyumpah-nyumpah sudahlah stadium penuh sesak, berebut-rebut dan berhimpit-himpit pulak nak keluar stadium. Tak kira apa yang ada dijadikan barang untuk melepas tensennnnnn. Trak POLIS, bas, kereta, motor, stadium pun jadi mangsa, gerai buahan habis, habis semua rosak.
.
...Tinggalkan semua itu.
...Bayangkan apakah semua ini akan berlaku, seandainya penonton menonton bola dalam suasana stadium yang selesa, dilengkapi sistem bunyi yang baik dan sempurna juga jelas. Tempat duduk lebih selesa iaitu tidak sesak sebab stadium yang berkapasiti muatan penonton yang lebih ramai. Laluan keluar masuk yang luas dan selesa. Tandas yang yang sempurna. Air pun cukup. Tak perlu berbaris jika nak kencing (ni main hentam sajalah). Sinaran lampu yang terang benderang. Pintu masuk keluar terbentang luas (bukan sempit rohek). Tempat parking yang luas dan selesa dan dekat saja dengan stadium. Alangkah selesanya. Walaupun bola kalah, hati masih sejuk. Perasaan amarah dapat dikurangkan.
Tapi.....ini hanyalah satu IMPIAN sahaja.
Adakah sesiapa yang berwajib memikirkan perkara ini.....???
.
JADIKAN IMPIAN INI SEBAGAI SATU REALITI...
insyaAllah tiada lagi rusuhan bola di Kelantan

.....haibasa.....