Wednesday, April 14, 2010

Dato' Jaid calon PKR...Hulu Selangor????

Tersebar berita di serata alam
Dato' Jahid calon parti keadilan
Rakyat hulu selangor akan punah janam
Angkara penjahat dari kelantan

Jadi menteri kena buang
Lepah tu tukar parti
Jadi calon sebab takdak orang
Ingin bertobat sebelum mati

Di kelantan dia tak laku gadai
Jadi loyar kaya benar
Rakyat hulu selangor pandai2 lah menilai
Jangan pilih orang beroknar

....haibasa

Wednesday, December 30, 2009

Berjumpa semula
tahun 2010
dengan pemandangan yang lebih
HOT

Wednesday, June 17, 2009

Puah cemuh denge yb markoko PAS (bahasa klate)

Sari dua baru nih sume rakyat Malaysia kejut sakan tengok pangai yb baru pas. Prangai mace ore tak pok. Mula-mula masuk dewe napak molek. Pakai sokok sropo ustak. Muga nak akat supah jadi yb konon.

Mula denge Nama Allah "BISMILLAH" molek bena tertek ternim. Tak sapa lima menet lepah akat supah. Tepek, melauong dale dewe rakyat. Tambah pulak denge paka lilit di sokok mace kabong ore mati.

Setak denge sorang. Pah tuh disokong pulak denge dua tiga ore lagi yg puak dia jugak. Gege dale dewe mace dale merket. Yo ya...yo..ya. Malu weh kalu budak-budak tengok (meme tengok pong). Ni kah pemimpin hak rakyat bukit gatang nak jadi wokil dake dewe. Buke nak bawak masaelah rayat. Tapi nak jadi badok serkas. Kalu tengok ko sijil, dan pakat napak cerdik dan intelek kak lah. Tapi rupanya pangai mace sete. Hati busuk kohong.

Puak-puak nih tak patut dipangil yb tapi lebih molek kalu panggil puak-puak markoko. Baru pade denge pangai. Bia dia jadi wokil berok-berok dale ute. Puak lagu nie sebenarnya otak dia tu tak pok.

.....haibasa.....

Sunday, June 7, 2009

Pemilihan PAS......pi mai, pi mai tang tuuuu juga

Selepas perhimpunan tahunan pas selesai dan ditambah pula dengan pemilihan AJK pusat hak baru. Di segi apa yang ditimbulkan juga isu yang dibangkitkan adalah sama je.

Cuma yang nyata dan jelas di mata adalah...betapa kurangnya isu lapuk pas iaitu menubuhkan sebuah negara islam dibincang dan dibahas sepanjang perhimpunan tersebut. Pas dan terikut-ikut dengan rentak BN. Isu Satu Malaysia dan Kerajaan Perpaduan pula yang jadi minat para perwakilan dan juga pemimpin tertinggi pas.

Apakah pengakuan dan janji pas selama ini yang mendakwa sebagai parti islam dan cecita untuk menubuhkan sebuah negara islam telah mula pudar. Atau adakah telah terlena dan mengakui juga dah berpuashati dengan corak Kerajaan BN sekarang sebagai model negara Islam sejati.

Itulah hakikatnya. Sebelum pertandingan nasharudin yang mempertahankan jawatan timbalan presiden merupakan jaguh kepada idea Kerajaan Perpaduan juga orang yang telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO di peringkat pusat (tak taulah pula apa yang dibincangkan). Se hari sebelum pemilihan beliau pula merubah pandangan dan mengelak juga tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Mungkin takut hilang sokongan para perwakilan kot.

Esoknya selepas memenangi kembali jawatan timbalan presiden, buat pulak statement sokong pula Kerajaan Perpaduan. Pening wehh.... Walau lagu mana pun sama je... bak kata pepatah petitih pi mai, pi mai tang tuuuuu juga.

.....haibasa.....

Saturday, June 6, 2009

ERDOGAN KLATE KALAH KO !!!

Tahziah buat yb dato' Husam Musa, boss puak Erdogan Klate. Sudahlah gagal pertahankan jawatan disandang naib presiden pas pusat. Ditambah luka lagi dengan kekalahan dalam mencabar nasharudin sebagai timbalan presiden pas pusat. Bak kata kalah KO !! rebah belepinggg.

Ni....lah balasan Allah. Sebab dia sedak sangat kalu bui komen bab hal UMNO. Semua kesalahan dalam dunia ini adalah milik dan UMNO yang buat dan pas molek belako. itulah yang selalu dikomen oleh husam.

Dia ingat dia banyak pengaruh dalam pas. Ingat ko ramai ore sokong. Siee....ko dia kena tendang sapa pah ko bawah seteek. Yb jange runsing.....bertukar angin lah. Masuklah UMNO ke....PKR ke...MCA kee....MIC keee...atau mana-mana parti lah. Kerana ini adalah petanda jelas bahawa ahli pas dah tok se ko demoooo.....

.....haibasa.....

Sunday, May 31, 2009

SEKOLAH CUTI DAH

BULAN JUN DATANG LAGI
SELEPAS MEI TINGGALKAN KITA
KINI SEKOLAH TELAH BERCUTI
AWASI ANAK JANGAN TERLUPA

GURU GURI BOLEHLAH REHAT
CUTI-CUTI ADA GAK YANG NGAJAR
SEPARUH TAHUN DAH BEKERJA KUAT
TAK KAN LUM SAMPAI CECITA DIKEJAR

SELAMAT BERCUTI SEMUA PELAJAR
JUGA GURU DAN IBUBAPA PELAJAR
WALAUPUN CUTI TERUSKAN BELAJAR
MASA JE CUTI, BELAJAR TERUS BELAJAR

.....haibasa.....

Siapa penentang Kerajaan?

Semua tindakan Kerajaan ada penentang dan pengkritiknyanya. Mereka adalah pertubuhan/ badan yang ditubuhkan oleh sesuatu puak/ pihak. Malah ada juga yang ditubuh oleh Kerajaan sendiri. Mengapa mereka mengkritik atau tak bersamaan dengan pandangan Kerajaan ?. Tak taulah pulak. Mungkin kepentingan diri/ puak atau jawatan mereka. Tak kurang juga yang ingin mencari publisiti murahan. Boleh masuk paper & TV free. Di sini saya sebutkan yang berdaftar saja. Yang haram banyak lagi. Biaq pi lah mike tu. Sebab kalu dah haram nak jamah pun tak leh.

Siapakah mereka. Berikut disenaraikan beberapa kumpulan seumpamanya yang sohor. Juga badan/ puak yang diwakili.

1. Majlis Peguam - mewakili puak peguam yang cerdikpandai
2. Cuepacs - mewakili para kakitangan Kerajaan yang dibayar gaji oleh
Kerajaan sendiri.
3. MTUC - mewakili pekerja disektor swasta juga GLC
4. Parti Politik - mewakili mereka yang minat memegang jawatan/ jadi calun
5. Seqiu - mewakili orang-orang cina

Kumpulan ini memang senantiasa mengkritik atau menjadi pendesak kepada Kerajaan. Mereka bergilir-gilir peranan. Adakah ini baik untuk Negara....? Amalan begini ada manafaat ke kepada rakyat. Sekali pandang ia hanya untuk kepentingan puak mike saja.

So....i leave u all to decide yourself. Wassalam.

.....haibasa.....