Monday, March 30, 2009

KEPUTUSAN RASMI KEPIMPINAN UMNO 2009/2011

MAJLIS KERJA TERTINGGI
.
PENGERUSI TETAP:
Datuk Badruddin Amiruldin (2,272 undi) - KEDAH

TIMBALAN PENGERUSI TETAP:
Datuk Mohamad Aziz (menang tanpa bertanding) - JOHOR

PRESIDEN:
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding) - JOHOR

TIMBALAN PRESIDEN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,575 undi) - JOHOR

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi) - PERAK
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1,515 undi) - JOHOR
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (1,445 undi) - SABAH

AHLI MAJLIS TERTINGGI:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239 undi) - KELANTAN
2. Datuk Noh Omar (2,084 undi) - SELANGOR
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084 undi) - SABAH
4. Datuk Azian Osman (2,060 undi) -
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054 undi) -
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854 undi) -
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838 undi) -
8. Datuk Lajim Ukin (1,804 undi) - SABAH
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705 undi) -
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700 undi) -
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685 undi) - PERAK
12. Datuk Idris Haron (1,658 undi) - MELAKA
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624 undi) - JOHOR
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622 undi) - PAHANG
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619 undi) - PAHANG
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611 undi) -
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580 undi) - KEDAH
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529 undi) - PERAK
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518 undi) - PERAK
20. Datuk Bung Mokhtar Radin (1,517 undi) - SABAH
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1481 undi) - KELANTAN
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431 undi) - WILAYAH
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377 undi) - TERENGGANU
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275 undi) - TERENGGANU
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265 undi) - KEDAH
.
.
.
WANITA UMNO
.
PENGERUSI TETAP
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd.
KETUA
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)
NAIB KETUA
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd. Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A. Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd. Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd. Nor (344 undi)

.
.
PEMUDA UMNO

PENGERUSI TETAP
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)
KETUA
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)
NAIB KETUA
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin (569 undi)
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohd. Gasing Saling (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi (419 undi)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)
.
.
PUTERI UMNO

PENGERUSI TETAP
Azlieza Azizan (445 undi)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)
KETUA PUTERI
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)
NAIB KETUA
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir @ Zubin (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Ahmad (498 undi)
6. Norhamizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md. Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Hj. Abdullah (465 undi)
9. Dg. Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd. Bali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd. Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd. Harun (375 undi)

.....haibasa.....

Tuesday, March 24, 2009

Kata hikmat

Kata-kata berikut boleh direnung bersama.....

* BIAR HILANG BAHASA
JANGAN HILANG BANGSA DAN AGAMA
* BIAR DILIHAT KODI
TAPI KEJAYAAN BERKODI-KODI
* BUATLAH SEBERAPA BANYAK KEPUTUSAN
TAPI JANGAN LARI DARI LANDASAN
* SEBIJAK MANA AKAL BILA DALAM MASAALAH
KEPUTUSAN PASTI SALAH
* PKR TERUS MENYERANG, PAS SENANTIASA KUBANG
DAN UMNO TETAP BERTAHAN
* MENGAPA MELAYU KINI
TAKUT MEMPERTAHANKAN HAK SENDIRI

sekian.
....haibasa.....

Friday, March 20, 2009

Perhimpunan HALAL sokong PPSMI

Pasir Puteh 15 March 2009.
.
Gabungan PIBG DUN Gaal dengan kerjasama PPD Pasir Puteh telah menganjurkan satu perhimpunan aman di Kompleks Kamil, Pasir Puteh untuk menyerahkan memorandum kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Hishamudin Tun Hussin. Memorandum itu telah diterima oleh En Ishak Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan bagi pihak YB Menteri.
.
Perhimpunan tersebut turut dihadiri lebih 1000 orang yang terdiri dari guru-guru dan juga ibubapa. Walaupun pada hari itu hujan turun dengan lebatnya namun ia tidak melunturkan semangat para hadirin untuk menjayakan hasrat murni mereka itu.
.
Memorandum tersebut antara lain memohon YB Menteri untuk meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Seterusnya menolak hasrat pihak-pihak yang mahu PPSMI dihapuskan.
.
Pengerusi Gabungan PIBG DUN Gaal, Muhamad Rusli Jusoh menyatakan sejak PPSMI diperkenalkan, peningkatan kecemerlangan A dalam Bahasa Inggeris semakin meningkat terutamanya bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Biasanya Bahasa Inggeris adalah merupakan "Killer subject" bagi murid-murid untuk mendapat kecemerlangan 5 A. Namun kini halangan itu telah dapat dilepasi dengan cara tak langsung. Katanya lagi jikalah ada sebarang kelemahan pada dasar itu maka hendaklah dibuat penambahbaikan dan bukannya menghapuskan terus dasar itu. Beliau bimbang nanti Kementerian dan Kerajaan kelak akan disifatkan sebagai "Kluk Klek" pula. Jadi mengapakan dasar ini mahu dihapuskan.....? Inilah persoalan yang diucapkan sebelum mengakhiri perbualan.
.
.....haibasa.....

Monday, March 9, 2009

PERHIMPUNAN HARAM HAPUS PPSMI

H a r a p
k e r a j a a n
a k a n
d e d a h k a n
s i a p a k a h
d a l a n g
d i s e b a l i k
angkara
s e m u a
itu.
.
.....haibasa.....

Thursday, March 5, 2009

satu persoalan

Pada Pilihanraya Umum (PRU) 11
Cina melalui pertubuhan cina siquie (maaf jika salah)
Membuat memorandum desak Kerajaan 100 perkara
.
Selepas PRU 12
India pula buat macam-macam hal
.
Apa akan terjadi selepas PRU 13
Giliran siapa pula buat hal.....??
.
Ada 3 saja andaian
Satu...mungkin Melayu pula buat hal
Dua...mungkin gabungan cina dan india tambah hal lagi
dan Tiga...mungkin semua buat dan main hal
.
Ya ALLAH.....SELAMATKAN LAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARAKU...

.....haibasa.....

Tuesday, March 3, 2009

UMNO dalam kelemasan...mana kawan komponen lain...???

Meneliti krisis dan peristiwa berlaku di Perak. Terkial-kial pemimpin UMNO di sana menghadapi segala episod sandiwara pihak bekas kerajaan campuran Perak lepas. Saya menyebut campuran sebab tidak pernah ada lagi pada pengetahuan saja pendafataran rasmi pakatan tersebut didaftarkan sebagai satu parti gabungan sah sebagaimana "BARISAN NASIONAL" (BN) dengan satu lambang yang sah.
.
Pelbagai karenah terpaksa dihadapi. Bermula dengan kenyataan keluar parti dan tukar parti oleh YB BN dari UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR). Episod kedua pula perlakuan keluar parti tapi bukan tukar parti oleh dua YB PKR. Episod ketiga pula YB dari Democratic Action Party (DAP) keluar parti tapi bukan tukar parti juga. Akhir sekali, ada pula YB PKR keluar parti dan masuk UMNO.
.
Empat episod ini telah merubah terus senario politik dan terus menumbangkan Kerajaan campuran Perak. Dua bekas YB PKR dan seorang bekas YB DAP dan seorang lagi bekas YB BN dan bekas pula YB PKR (dua kali bekas) telah bertindak dengan tiga YB menyokong BN dan seorang dah memang kembali ke BN menyebabkan BN mendapat majoriti dan membentuk Kerajaan baru BN di Perak.
.
Selepas terkejut dengan peristiwa "serta merta" itu pihak YB Parti Islam Se Malaysia (PAS), PKR dan DAP menjadi "tak beto stesen" dan "pening relu". Bermacam-macam hal dan perlakuan mereka lakukan. Bermula dengan protes di jalanan, ceramah, sms, surat layang, poster dan sepanduk tak ketinggalan menggunakan mahkamah dan bermacam-macam medium lagi.
.
Saya bukan nak panjangkan lagi topik itu. Saya cuma ingin bertanya ke manakah kawan BN dalam komponennya. Mana Malaysian Chinese Assosiation (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), itu tiga komponen besar yang mewakili kaum cina dan india ini pergi. Mereka berdiam saja membiarkan UMNO keseorangan untuk menangani semua kemelut ini. Bermula dengan krisis sampailah kejayaan menubuhkan Kerajaan BN Perak.
.
Percayalah tuan-tuan.....UMNO adalah sebuah parti yang baik. UMNO adalah seorang sahabat yang tidak meninggalkan kawan keseorangan bila senang. UMNO tak "make gu". Sebab selepas berjaya membentuk kerajaan, UMNO terus melantik seorang YB dari parti MCA menduduki EXCO. Di tambah lagi dengan seorang penasihat untuk kaum cina dan india juga.
.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis saya masih belum melihat mana-mana pemimpin besar atau kecil dari MCA atau MIC ditambah lagi dengan komponen-komponen lain yang memberi ucapan tahniah apalagi untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelahbagi kepada Kerajaan baru BN di Perak. Sokongan berdiri teguh dibelakang Kerajaan BN itu.
.
Jika perangai begini terus terusan berlaku.....apa nasib BN selepas ini. Selepas pilihanraya ke 13 nanti. Tak guna jadi ahli komponen jika "bodi di dalam tapi hati di luar" bak kata orang Kelantan "mapuh lah gu". Nampak sangat MCA dan MIC ni memperalatkan UMNO. Khasnya dalam konteks BN. Apa tidaknya UMNO terpaksa akur kepada MCA dan MIC takut kehilangan kuasa. Apa guna jadi kerajaan kalau hasil tercurah ke pihak lain. Ke mana nak dihumbangkan kaum Melayu ni.....??
.
Kerajaan BN memerintah, orang cina dan india dapat untung. Apalagi jika campuran pembangkang yang memerintah lagi-lagi untunglah mereka. Habis apa akan terjadi kepada orang Melayu. Sama-sama lah kita fikir.
.
Cina dan India rakan sekutu
Bersahabat akrab tak pernah dibuli
Memang beginikah nasib Melayu ku
Jadi tuan pun rugi, apa lagi jadi kuli
.
.....haibasa.....

Monday, March 2, 2009

SEKALI LAGI CINA MENYUARAKAN PERJUANGAN HAK SAMARATA

Mingguan Malaysia 2 March, sekali lagi memaparkan luahan dan pengucapan perjuangan hak samarata untuk semua di negara kita, Tanah Melayu (Malaysia...) ini. Diucapkan oleh presiden MCA Dato' Seri Ong Tee Kiat semasa menyambut ulangtahun ke 60 parti MCA.
.
Apakah sistem dan cara hidup rakyat di Tanah Melayu ini masih dirasakan tidak adil. Apakah ada rakyat yang ditindas...? dianiaya...?...atau dilayan dengan tidak adil...? Apakah ada rakyat yang ditidakkan akan hak mereka. Ini semua "KARUT"... dan "DAKYAH" semata. Jika diteliti dari semua kaum. Kaum cina ada yang "JUTAWAN" ada yang miskin. Kaum Melayu juga ada yang "JUTAWAN" ada yang papa kedana. Begitu juga kaum india ada yang "JUTAWAN" juga ada yang hidup merempat. Boleh dikatakan jurang di antara kaum agak setara. Masing - masing tidak boleh bangkit-membangkiti dan ungkit mengukiti antara satu sama lain. Same je...
.
Apakah presiden MCA merasakan masih perlukah diubah lagi sistem di negara ini agar kaum cina ditambah lagi "KEISTIMEWAAN" manakala keistimewaan itu perlu diambil dari kaum Melayu (Perlukah dikikis sampai melayu 'tinggal tulang' sahaja ...baru boleh dikata samarata)
.
Semua yang telah dipersetujui oleh para pemimpin semasa memperjuangkan kemerdekaan dahulu dilupakan begitu sahaja. Baru lima puluh dua tahun merdeka...semua sudah lupa. Merasakan mereka adalah "sini mari" sama hak sama semuanya.
.
Memang betul semua cina yang berumur bawah 52 adalah kelahiran Tanah Melayu dan mempunyai My Kad warna biru. Semua yang didapati rakyat semuanya sama jika mempunyai My Kad warna biru. Cuma Melayu sikit lebih dalam "Hak keistimewaan orang Melayu". Itu saja, sikit saja jika dikira dalam jumlah hak yang ada di negara kita.
.
Kepada pemimpin semua kaum lain... Jangan terlalu banyak "KLUK KLEK" nanti bak kata pesanan ini:
.
Melayu, cina dan india
Kita semua tinggal bersama
Sama hindarkan syak wasangka
Baru hidup aman sentosa
.
Hidup bersatu berbaik erat
Semua kaum adalah sahabat
Jangan suka menyakat kawan
Pesan Orang tua perlu diingat
Nanti yang dikejar tak dapat
Yang dibawa pula akan berciciran
.
Mengapa perlu selalu menekan kaum Melayu di saat parti Melayu UMNO dalam proses perubahan. UMNO sedang bangun sekali lagi. Sedang merancang program penjenamaan semula. Bila kawan kuat kita bersandar, tapi bila kawan agak lemah kita 'menyigong'... tak baik gitu weh...

.....haibasa.....