Sunday, May 31, 2009

SEKOLAH CUTI DAH

BULAN JUN DATANG LAGI
SELEPAS MEI TINGGALKAN KITA
KINI SEKOLAH TELAH BERCUTI
AWASI ANAK JANGAN TERLUPA

GURU GURI BOLEHLAH REHAT
CUTI-CUTI ADA GAK YANG NGAJAR
SEPARUH TAHUN DAH BEKERJA KUAT
TAK KAN LUM SAMPAI CECITA DIKEJAR

SELAMAT BERCUTI SEMUA PELAJAR
JUGA GURU DAN IBUBAPA PELAJAR
WALAUPUN CUTI TERUSKAN BELAJAR
MASA JE CUTI, BELAJAR TERUS BELAJAR

.....haibasa.....

Siapa penentang Kerajaan?

Semua tindakan Kerajaan ada penentang dan pengkritiknyanya. Mereka adalah pertubuhan/ badan yang ditubuhkan oleh sesuatu puak/ pihak. Malah ada juga yang ditubuh oleh Kerajaan sendiri. Mengapa mereka mengkritik atau tak bersamaan dengan pandangan Kerajaan ?. Tak taulah pulak. Mungkin kepentingan diri/ puak atau jawatan mereka. Tak kurang juga yang ingin mencari publisiti murahan. Boleh masuk paper & TV free. Di sini saya sebutkan yang berdaftar saja. Yang haram banyak lagi. Biaq pi lah mike tu. Sebab kalu dah haram nak jamah pun tak leh.

Siapakah mereka. Berikut disenaraikan beberapa kumpulan seumpamanya yang sohor. Juga badan/ puak yang diwakili.

1. Majlis Peguam - mewakili puak peguam yang cerdikpandai
2. Cuepacs - mewakili para kakitangan Kerajaan yang dibayar gaji oleh
Kerajaan sendiri.
3. MTUC - mewakili pekerja disektor swasta juga GLC
4. Parti Politik - mewakili mereka yang minat memegang jawatan/ jadi calun
5. Seqiu - mewakili orang-orang cina

Kumpulan ini memang senantiasa mengkritik atau menjadi pendesak kepada Kerajaan. Mereka bergilir-gilir peranan. Adakah ini baik untuk Negara....? Amalan begini ada manafaat ke kepada rakyat. Sekali pandang ia hanya untuk kepentingan puak mike saja.

So....i leave u all to decide yourself. Wassalam.

.....haibasa.....

Saturday, May 30, 2009

Tan Sri Annuar.........THE GREAT

Tahniah dan ALHAMDULILLAH...............itulah ucapan seluruh peminat bola negeri Klate. Klate dah buleh main di Kota Bharu. Di Stadium Sultan Mohamad Ke IV hanya dengan beberapa syarat.

Semua ini tidak akan dapat kita nikmati seandainya tidak dengan kepandaian Tan Sri Annuar Musa. Tan Sri telah menggunakan "seluruh taktik dan teknik" juga pengalaman yang pernah dipelajari dan dipraktik semasa beliau dalam politik, sebagai menteri dan juga sebagai MKT sekian lama.

Dengan beberapa statement dalam media juga surat yang dihantar sebagai rayuan kepada semua pihak. Mungkin juga menggunakan kesempatan "pilihanraya kecik" di DUN Manik Urai, beliau akhirnya telah mematahkan semangat ahli FAM untuk menarik balik penggantungan ke atas Stadium Sultan Mohamad Ke IV sebagai venue utama pasukan Klate. Bijak....bijak....bijak si Tan Sri sorang nie.

Tak kelambatan....tahun nie Klate masih ada masa dan peluang lagi nak jadi JUARA PIALA MALAYSIA....InsyaAllah. Sesungguhnya Tan Sri Annuar memang the Great.

....haibasa....

Siapa memerintah Negara..??

Perak sekali lagi melakar sejarah Malaysia. Dulu banyak dah berlaku di Perak. Yang termasyhur ialah pembunuhan JWW Birch oleh Dato' Maharajalela. Sejarah baru sikit, perlantikan bekas Ketua Hakim Negara sebagai Raja Perak.
.
The latest one is.....perebutan Menteri Besar (MB) melalui mahkamah. Selepas majoriti Ahli Dewan Negeri (ADUN) Perak menyokong Barisan Nasional (BN), kerajaan campuran Perak jatuh. Raja Perak memanggil semua ADUN untuk pengesahan sokongan dan menandatangani surat perakuan. Selepas berpuashati, Raja melantik Dato' Zamry jadi MB baru Perak.
.
Jeng, jeng, jeng.... maka bermulalah kisahnya. ADUN pas dan pkr mulalah "road-tour" ke segenap alam Perak. Ceramahlah, kempenlah, perhimpunanlah, risalah lah, sepanduklah dan banyak lah lah lagi. Katanya penerangan kepada rakyat tentang apa yang berlaku. Maknanya mereka tak bersetujulah dengan apa yang berlaku. Maka bermulalah sessi "kerajaan pokok". Tak puashati lagi, YB Nizar (bekas MB) membawa pula kes itu ke mahkamah.
.
Panjang ceritanya, tapi pendekkanlah. Raja setuju untuk dewan negeri bersidang. Dalam persidangan, speaker dewan diundi tak percaya dan terpecat dengan automatik. Beliau kalah dalam undian di ADUN. Kekecohan teruk juga dalam dewan tu (kira macam kekecohan bola klate lah). Balik ke kes YB Nizar di mahkamah, beliau menang dan kembali sebagai MB. Esoknya YB Zamry merayu di Mahkamah Rayuan. Keputusan memihak kepada YB Zamry pulak dan beliau kekal sebagai MB Perak. Pada awalnya YB Nizar kata nak buat rayuan tapi sampai ke hari ni masih belum ada apa-apa tindakan lagi. Allhamdulillah. Nampaknya YB Nizar dah mula sedar.
.
Sekarang ini sekali lagi pemimpin pas dan pkr mula berceramah pula menyalahkan Mahkamah kerana mereka kalah di Mahkamah Rayuan. Semasa Mahkamah Tinggi memihak kepada mereka, berair mulut dan merah bibir pemimpin pas dan pkr memuji keadilan dan mahkamah di Negara ini. Pepatah "Kalu tah kedia molek belaka, kalu tah kok re salah belaka" bena lah.
.
Sekarang rakyat buntu..... Siapa yang memerintah Negara Parlimen ke Mahkamah....????
Diharap YAB Dato' Najib dapat mengatasi semua persoalan ini. Hidup SATU MALAYSIA.
.
.....haibasa.....

Dulu india, ari nie cina

Bermula dengan kumpulan haram hindraf. Buat macam-macam. Mintak macam-macam. Kena ISA lepas tu dibebas. Buat hal lagi. Mintak kerakyatan semua yang lahir lepas merdeka. Ugut pulak Kerajaan nak buat perhimpunan jalanan. Berani weh.....

Belum habis kes india, cina pulak buat hal. Cina pulak bukan sebarang cina, tapi cina parti gerakan, sekutu BN. Hal pulak memang sensitif. Mintak Kerajaan ampun "cheng peng" kepala komunis malaya. beri kebenaran dia balik Malaysia (lani dok mana tak taulah). Betol kata Dato' Ali Rastom (biar pun suara dia serak2 dan kadang-kadang tak paham pun apa dia kata) si "chen peng" ni sepatutnya dihukum mati sebagai penjenayah perang.

Kedua-dua cina dan india nampak sepakat menekan Kerajaan dalam terang juga sembunyi. Di luar atau dalam bilek. Sampai bila Kerajaan nak terus defensif.....? Sampai bila Dato' Najib. La ni nampak molek SATU MALAYSIA. Ke nak sampai jadi seratus atau seribu Malaysia baru nak bertindak..???

.....haibasa.....

Tuesday, May 12, 2009

Pelik...ada menteri latah bantah dasar kementeriannya

"Saya sendiri membantah pelaksaaan PPSMI"...YB Fuad Zakarsi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia (TMP). Itulah lebih kurang maksud pandangan TMP dalam Utusan Malaysia minggu lepas. Terkejut besar saya membacanya.

Terkejut kerana, itu adalah dasar kementerian beliau sendiri. Sudah dilaksanakan oleh Menteri Pelajaran yang lepas, YB Dato' Hishamuddin. Dia tu baru dilantik. Tandatangan pun masih belum kering lagi. Gaji pun tak terima lagi. Dasar-dasar kementerian belum studi lagi. Pegawai-pegawai bukan saja di Negeri di kementerian pun masih belum kenal. Tapi dah melatah buat komen tentang dasar pulak dah. Saya rasa itu nampaknya tergesa-gesa. Itu bukan prioriti dalam kementerian. Banyak hal lagi yang perlu diutamakan.

Beliau mungkin terbawa-bawa sentimen UMNO Johor yang membantah dasar tersebut secara terbuka. Tanpa memberi pertimbangan yang Menteri Pelajaran adalah Dato' Hishamuddin yang merupakan orang Johor. Jahat UMNO Johor. Jangan dibawa sentimen politik dalam memperjuangkan dasar kementerian yang ada kepentingan kepada rakyat kampung khasnya. Kan slogan YAB Dato' Najib ada "Rakyat didahulukan, kecapaian diutamakan".

Kalau nak belakangkan rakyat dan utamakan peribadi. Mapuhlah BN kali ni,Kalu ramai menteri macam nie. Menteri yang jadi duri dalam daging. Menteri yang jadi si-kitol. Jadi gunting dalam lipatan. Jangan nak jaga orang tua, cendikiawan yang telah pencen. Anak-anak mereka semua belajar oversea. Masuk tiusyen swasta. Berapa saja bayaran buleh bayar. Buku melambak boleh beli.

Orang kampung hanya bergantung kepada kelas dan pembelajaran di sekolah semata. Itu yang cikgu ajar di sekolah. Itulah ilmu yang mereka ada. Nak masuk tiusyen swasta, adalah juga untuk mereka yang berada. Tapi anak orang kampung ..... yeelek.

Rasanya jika boleh berkecek dengan YAB Dato' Najib makan air sekali dengan dia, nak disuruh PM buang je si Fuad nie.....

.....haibasa.....