Monday, March 2, 2009

SEKALI LAGI CINA MENYUARAKAN PERJUANGAN HAK SAMARATA

Mingguan Malaysia 2 March, sekali lagi memaparkan luahan dan pengucapan perjuangan hak samarata untuk semua di negara kita, Tanah Melayu (Malaysia...) ini. Diucapkan oleh presiden MCA Dato' Seri Ong Tee Kiat semasa menyambut ulangtahun ke 60 parti MCA.
.
Apakah sistem dan cara hidup rakyat di Tanah Melayu ini masih dirasakan tidak adil. Apakah ada rakyat yang ditindas...? dianiaya...?...atau dilayan dengan tidak adil...? Apakah ada rakyat yang ditidakkan akan hak mereka. Ini semua "KARUT"... dan "DAKYAH" semata. Jika diteliti dari semua kaum. Kaum cina ada yang "JUTAWAN" ada yang miskin. Kaum Melayu juga ada yang "JUTAWAN" ada yang papa kedana. Begitu juga kaum india ada yang "JUTAWAN" juga ada yang hidup merempat. Boleh dikatakan jurang di antara kaum agak setara. Masing - masing tidak boleh bangkit-membangkiti dan ungkit mengukiti antara satu sama lain. Same je...
.
Apakah presiden MCA merasakan masih perlukah diubah lagi sistem di negara ini agar kaum cina ditambah lagi "KEISTIMEWAAN" manakala keistimewaan itu perlu diambil dari kaum Melayu (Perlukah dikikis sampai melayu 'tinggal tulang' sahaja ...baru boleh dikata samarata)
.
Semua yang telah dipersetujui oleh para pemimpin semasa memperjuangkan kemerdekaan dahulu dilupakan begitu sahaja. Baru lima puluh dua tahun merdeka...semua sudah lupa. Merasakan mereka adalah "sini mari" sama hak sama semuanya.
.
Memang betul semua cina yang berumur bawah 52 adalah kelahiran Tanah Melayu dan mempunyai My Kad warna biru. Semua yang didapati rakyat semuanya sama jika mempunyai My Kad warna biru. Cuma Melayu sikit lebih dalam "Hak keistimewaan orang Melayu". Itu saja, sikit saja jika dikira dalam jumlah hak yang ada di negara kita.
.
Kepada pemimpin semua kaum lain... Jangan terlalu banyak "KLUK KLEK" nanti bak kata pesanan ini:
.
Melayu, cina dan india
Kita semua tinggal bersama
Sama hindarkan syak wasangka
Baru hidup aman sentosa
.
Hidup bersatu berbaik erat
Semua kaum adalah sahabat
Jangan suka menyakat kawan
Pesan Orang tua perlu diingat
Nanti yang dikejar tak dapat
Yang dibawa pula akan berciciran
.
Mengapa perlu selalu menekan kaum Melayu di saat parti Melayu UMNO dalam proses perubahan. UMNO sedang bangun sekali lagi. Sedang merancang program penjenamaan semula. Bila kawan kuat kita bersandar, tapi bila kawan agak lemah kita 'menyigong'... tak baik gitu weh...

.....haibasa.....


No comments:

Post a Comment