Tuesday, March 3, 2009

UMNO dalam kelemasan...mana kawan komponen lain...???

Meneliti krisis dan peristiwa berlaku di Perak. Terkial-kial pemimpin UMNO di sana menghadapi segala episod sandiwara pihak bekas kerajaan campuran Perak lepas. Saya menyebut campuran sebab tidak pernah ada lagi pada pengetahuan saja pendafataran rasmi pakatan tersebut didaftarkan sebagai satu parti gabungan sah sebagaimana "BARISAN NASIONAL" (BN) dengan satu lambang yang sah.
.
Pelbagai karenah terpaksa dihadapi. Bermula dengan kenyataan keluar parti dan tukar parti oleh YB BN dari UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR). Episod kedua pula perlakuan keluar parti tapi bukan tukar parti oleh dua YB PKR. Episod ketiga pula YB dari Democratic Action Party (DAP) keluar parti tapi bukan tukar parti juga. Akhir sekali, ada pula YB PKR keluar parti dan masuk UMNO.
.
Empat episod ini telah merubah terus senario politik dan terus menumbangkan Kerajaan campuran Perak. Dua bekas YB PKR dan seorang bekas YB DAP dan seorang lagi bekas YB BN dan bekas pula YB PKR (dua kali bekas) telah bertindak dengan tiga YB menyokong BN dan seorang dah memang kembali ke BN menyebabkan BN mendapat majoriti dan membentuk Kerajaan baru BN di Perak.
.
Selepas terkejut dengan peristiwa "serta merta" itu pihak YB Parti Islam Se Malaysia (PAS), PKR dan DAP menjadi "tak beto stesen" dan "pening relu". Bermacam-macam hal dan perlakuan mereka lakukan. Bermula dengan protes di jalanan, ceramah, sms, surat layang, poster dan sepanduk tak ketinggalan menggunakan mahkamah dan bermacam-macam medium lagi.
.
Saya bukan nak panjangkan lagi topik itu. Saya cuma ingin bertanya ke manakah kawan BN dalam komponennya. Mana Malaysian Chinese Assosiation (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), itu tiga komponen besar yang mewakili kaum cina dan india ini pergi. Mereka berdiam saja membiarkan UMNO keseorangan untuk menangani semua kemelut ini. Bermula dengan krisis sampailah kejayaan menubuhkan Kerajaan BN Perak.
.
Percayalah tuan-tuan.....UMNO adalah sebuah parti yang baik. UMNO adalah seorang sahabat yang tidak meninggalkan kawan keseorangan bila senang. UMNO tak "make gu". Sebab selepas berjaya membentuk kerajaan, UMNO terus melantik seorang YB dari parti MCA menduduki EXCO. Di tambah lagi dengan seorang penasihat untuk kaum cina dan india juga.
.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis saya masih belum melihat mana-mana pemimpin besar atau kecil dari MCA atau MIC ditambah lagi dengan komponen-komponen lain yang memberi ucapan tahniah apalagi untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelahbagi kepada Kerajaan baru BN di Perak. Sokongan berdiri teguh dibelakang Kerajaan BN itu.
.
Jika perangai begini terus terusan berlaku.....apa nasib BN selepas ini. Selepas pilihanraya ke 13 nanti. Tak guna jadi ahli komponen jika "bodi di dalam tapi hati di luar" bak kata orang Kelantan "mapuh lah gu". Nampak sangat MCA dan MIC ni memperalatkan UMNO. Khasnya dalam konteks BN. Apa tidaknya UMNO terpaksa akur kepada MCA dan MIC takut kehilangan kuasa. Apa guna jadi kerajaan kalau hasil tercurah ke pihak lain. Ke mana nak dihumbangkan kaum Melayu ni.....??
.
Kerajaan BN memerintah, orang cina dan india dapat untung. Apalagi jika campuran pembangkang yang memerintah lagi-lagi untunglah mereka. Habis apa akan terjadi kepada orang Melayu. Sama-sama lah kita fikir.
.
Cina dan India rakan sekutu
Bersahabat akrab tak pernah dibuli
Memang beginikah nasib Melayu ku
Jadi tuan pun rugi, apa lagi jadi kuli
.
.....haibasa.....

2 comments:

  1. Dah nasib prikatan.nak buat macamana.tapi utk perkuatkan melayu ambo rasa mari kita kembali berperanan merujuk perlembagaan umno.Adakah kita buat seperti mana dalam perlembagaan.atau kita cakap saja.kita buat lain.kita nak kayakan diri kita.orang melayu yang susah entah ke mana.apa kerja buat kita untuk masyarakat melayu.atau kita saban hari berbicara tentang projek..projek...projek.x dok projek bising.Kita yang salah sebenarnya.Kalau jujur muhasabah dirid

    ReplyDelete
  2. sof...Perkataan muhasabah dah jadi terlalu biasa dan kadang-kadang dah muak. Tapi buatnya apa?? Hanya pandai kata. Sumer ore gitu. Bukan setakat pemimpin. Pengikut pun sama. Pelembagaan dibuat untuk panduan. Bukan semua org ikut. Macam juga Quran, ramai hak langgar. Pah nak wak guano? Semua tu ALLAH dan tentukan. Sapa yang lebih beriman dia lah yang lebih BAIK. Kalu projek sumer nak. Demo pong nak.Gitu juga kaya, Sumer nak. Kawe pong nak. Bezanya ada org kalu buleh tak syukur.Kalu tak leh dia ge ge.Biasalah tu soffff. Kita ke dok dale dunia niee...Ke Guano

    ReplyDelete