Friday, March 20, 2009

Perhimpunan HALAL sokong PPSMI

Pasir Puteh 15 March 2009.
.
Gabungan PIBG DUN Gaal dengan kerjasama PPD Pasir Puteh telah menganjurkan satu perhimpunan aman di Kompleks Kamil, Pasir Puteh untuk menyerahkan memorandum kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Hishamudin Tun Hussin. Memorandum itu telah diterima oleh En Ishak Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan bagi pihak YB Menteri.
.
Perhimpunan tersebut turut dihadiri lebih 1000 orang yang terdiri dari guru-guru dan juga ibubapa. Walaupun pada hari itu hujan turun dengan lebatnya namun ia tidak melunturkan semangat para hadirin untuk menjayakan hasrat murni mereka itu.
.
Memorandum tersebut antara lain memohon YB Menteri untuk meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Seterusnya menolak hasrat pihak-pihak yang mahu PPSMI dihapuskan.
.
Pengerusi Gabungan PIBG DUN Gaal, Muhamad Rusli Jusoh menyatakan sejak PPSMI diperkenalkan, peningkatan kecemerlangan A dalam Bahasa Inggeris semakin meningkat terutamanya bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Biasanya Bahasa Inggeris adalah merupakan "Killer subject" bagi murid-murid untuk mendapat kecemerlangan 5 A. Namun kini halangan itu telah dapat dilepasi dengan cara tak langsung. Katanya lagi jikalah ada sebarang kelemahan pada dasar itu maka hendaklah dibuat penambahbaikan dan bukannya menghapuskan terus dasar itu. Beliau bimbang nanti Kementerian dan Kerajaan kelak akan disifatkan sebagai "Kluk Klek" pula. Jadi mengapakan dasar ini mahu dihapuskan.....? Inilah persoalan yang diucapkan sebelum mengakhiri perbualan.
.
.....haibasa.....

2 comments:

  1. rendahkan graf. dapat lah A.
    dulu markah 60, dapat C. la ni markah 60, dapat A

    ini menipu.

    ReplyDelete
  2. Salam buat cikpuan haniza...mana buleh negara kite ni ke ada peraturan. Apalagi cerdikpanda melata-lata.Tak cukup di media cetak di media MAYA betambong.Tak dok dielah demo nih.
    ...haibasa...

    ReplyDelete