Saturday, May 30, 2009

Siapa memerintah Negara..??

Perak sekali lagi melakar sejarah Malaysia. Dulu banyak dah berlaku di Perak. Yang termasyhur ialah pembunuhan JWW Birch oleh Dato' Maharajalela. Sejarah baru sikit, perlantikan bekas Ketua Hakim Negara sebagai Raja Perak.
.
The latest one is.....perebutan Menteri Besar (MB) melalui mahkamah. Selepas majoriti Ahli Dewan Negeri (ADUN) Perak menyokong Barisan Nasional (BN), kerajaan campuran Perak jatuh. Raja Perak memanggil semua ADUN untuk pengesahan sokongan dan menandatangani surat perakuan. Selepas berpuashati, Raja melantik Dato' Zamry jadi MB baru Perak.
.
Jeng, jeng, jeng.... maka bermulalah kisahnya. ADUN pas dan pkr mulalah "road-tour" ke segenap alam Perak. Ceramahlah, kempenlah, perhimpunanlah, risalah lah, sepanduklah dan banyak lah lah lagi. Katanya penerangan kepada rakyat tentang apa yang berlaku. Maknanya mereka tak bersetujulah dengan apa yang berlaku. Maka bermulalah sessi "kerajaan pokok". Tak puashati lagi, YB Nizar (bekas MB) membawa pula kes itu ke mahkamah.
.
Panjang ceritanya, tapi pendekkanlah. Raja setuju untuk dewan negeri bersidang. Dalam persidangan, speaker dewan diundi tak percaya dan terpecat dengan automatik. Beliau kalah dalam undian di ADUN. Kekecohan teruk juga dalam dewan tu (kira macam kekecohan bola klate lah). Balik ke kes YB Nizar di mahkamah, beliau menang dan kembali sebagai MB. Esoknya YB Zamry merayu di Mahkamah Rayuan. Keputusan memihak kepada YB Zamry pulak dan beliau kekal sebagai MB Perak. Pada awalnya YB Nizar kata nak buat rayuan tapi sampai ke hari ni masih belum ada apa-apa tindakan lagi. Allhamdulillah. Nampaknya YB Nizar dah mula sedar.
.
Sekarang ini sekali lagi pemimpin pas dan pkr mula berceramah pula menyalahkan Mahkamah kerana mereka kalah di Mahkamah Rayuan. Semasa Mahkamah Tinggi memihak kepada mereka, berair mulut dan merah bibir pemimpin pas dan pkr memuji keadilan dan mahkamah di Negara ini. Pepatah "Kalu tah kedia molek belaka, kalu tah kok re salah belaka" bena lah.
.
Sekarang rakyat buntu..... Siapa yang memerintah Negara Parlimen ke Mahkamah....????
Diharap YAB Dato' Najib dapat mengatasi semua persoalan ini. Hidup SATU MALAYSIA.
.
.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment