Tuesday, May 12, 2009

Pelik...ada menteri latah bantah dasar kementeriannya

"Saya sendiri membantah pelaksaaan PPSMI"...YB Fuad Zakarsi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia (TMP). Itulah lebih kurang maksud pandangan TMP dalam Utusan Malaysia minggu lepas. Terkejut besar saya membacanya.

Terkejut kerana, itu adalah dasar kementerian beliau sendiri. Sudah dilaksanakan oleh Menteri Pelajaran yang lepas, YB Dato' Hishamuddin. Dia tu baru dilantik. Tandatangan pun masih belum kering lagi. Gaji pun tak terima lagi. Dasar-dasar kementerian belum studi lagi. Pegawai-pegawai bukan saja di Negeri di kementerian pun masih belum kenal. Tapi dah melatah buat komen tentang dasar pulak dah. Saya rasa itu nampaknya tergesa-gesa. Itu bukan prioriti dalam kementerian. Banyak hal lagi yang perlu diutamakan.

Beliau mungkin terbawa-bawa sentimen UMNO Johor yang membantah dasar tersebut secara terbuka. Tanpa memberi pertimbangan yang Menteri Pelajaran adalah Dato' Hishamuddin yang merupakan orang Johor. Jahat UMNO Johor. Jangan dibawa sentimen politik dalam memperjuangkan dasar kementerian yang ada kepentingan kepada rakyat kampung khasnya. Kan slogan YAB Dato' Najib ada "Rakyat didahulukan, kecapaian diutamakan".

Kalau nak belakangkan rakyat dan utamakan peribadi. Mapuhlah BN kali ni,Kalu ramai menteri macam nie. Menteri yang jadi duri dalam daging. Menteri yang jadi si-kitol. Jadi gunting dalam lipatan. Jangan nak jaga orang tua, cendikiawan yang telah pencen. Anak-anak mereka semua belajar oversea. Masuk tiusyen swasta. Berapa saja bayaran buleh bayar. Buku melambak boleh beli.

Orang kampung hanya bergantung kepada kelas dan pembelajaran di sekolah semata. Itu yang cikgu ajar di sekolah. Itulah ilmu yang mereka ada. Nak masuk tiusyen swasta, adalah juga untuk mereka yang berada. Tapi anak orang kampung ..... yeelek.

Rasanya jika boleh berkecek dengan YAB Dato' Najib makan air sekali dengan dia, nak disuruh PM buang je si Fuad nie.....

.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment