Sunday, June 7, 2009

Pemilihan PAS......pi mai, pi mai tang tuuuu juga

Selepas perhimpunan tahunan pas selesai dan ditambah pula dengan pemilihan AJK pusat hak baru. Di segi apa yang ditimbulkan juga isu yang dibangkitkan adalah sama je.

Cuma yang nyata dan jelas di mata adalah...betapa kurangnya isu lapuk pas iaitu menubuhkan sebuah negara islam dibincang dan dibahas sepanjang perhimpunan tersebut. Pas dan terikut-ikut dengan rentak BN. Isu Satu Malaysia dan Kerajaan Perpaduan pula yang jadi minat para perwakilan dan juga pemimpin tertinggi pas.

Apakah pengakuan dan janji pas selama ini yang mendakwa sebagai parti islam dan cecita untuk menubuhkan sebuah negara islam telah mula pudar. Atau adakah telah terlena dan mengakui juga dah berpuashati dengan corak Kerajaan BN sekarang sebagai model negara Islam sejati.

Itulah hakikatnya. Sebelum pertandingan nasharudin yang mempertahankan jawatan timbalan presiden merupakan jaguh kepada idea Kerajaan Perpaduan juga orang yang telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO di peringkat pusat (tak taulah pula apa yang dibincangkan). Se hari sebelum pemilihan beliau pula merubah pandangan dan mengelak juga tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Mungkin takut hilang sokongan para perwakilan kot.

Esoknya selepas memenangi kembali jawatan timbalan presiden, buat pulak statement sokong pula Kerajaan Perpaduan. Pening wehh.... Walau lagu mana pun sama je... bak kata pepatah petitih pi mai, pi mai tang tuuuuu juga.

.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment