Saturday, April 11, 2009

STADIUM BARU DI KELANTAN...adakah ini hanya impian ???

...Insiden rusuhan bolasepak oleh penyokong Kelantan selasa lepas amat memalukan. Namun demikian, dengan mengenepikan semua alasan yang subjektif. Cuba kita lihat di satu sudut lain. Pertama kedudukan Stadium Sultan Muhamad Ke IV itu sendiri dan keadaan stadium yang sempit dan dhaif serta uzur. Rasanya tidak sesuai lagi untuk dijadikan 'gelanggang bolasepak" untuk peringkat "yang panas". Hanya sesuai untuk peringkat awal dan perlawanan persahabatan sahaja.
.
...Seandainya pintu dan laluan keluar masuk dan tempat parking kenderaan, khasnya kenderaan POLIS atau VIP berada agak jauh antara satu sama lain (seperti Stadium Sultan Mizan Terengganu) dan selesa dengan laluan yang luas rasanya rusuhan itu tak akan berlaku.
.
...Penyokong sedang panas, bola kalah...akibatnya rasa nak tumbok pengadil, nak sepak pemain lawan, nak siku jurulatih, nak tomoi pengurus, nak jek penyokong lawan dan berbagai nak nak nak nak lagi. Tapi semuanya tak dapat. Habis, keluar dengan mulut menyumpah-nyumpah sudahlah stadium penuh sesak, berebut-rebut dan berhimpit-himpit pulak nak keluar stadium. Tak kira apa yang ada dijadikan barang untuk melepas tensennnnnn. Trak POLIS, bas, kereta, motor, stadium pun jadi mangsa, gerai buahan habis, habis semua rosak.
.
...Tinggalkan semua itu.
...Bayangkan apakah semua ini akan berlaku, seandainya penonton menonton bola dalam suasana stadium yang selesa, dilengkapi sistem bunyi yang baik dan sempurna juga jelas. Tempat duduk lebih selesa iaitu tidak sesak sebab stadium yang berkapasiti muatan penonton yang lebih ramai. Laluan keluar masuk yang luas dan selesa. Tandas yang yang sempurna. Air pun cukup. Tak perlu berbaris jika nak kencing (ni main hentam sajalah). Sinaran lampu yang terang benderang. Pintu masuk keluar terbentang luas (bukan sempit rohek). Tempat parking yang luas dan selesa dan dekat saja dengan stadium. Alangkah selesanya. Walaupun bola kalah, hati masih sejuk. Perasaan amarah dapat dikurangkan.
Tapi.....ini hanyalah satu IMPIAN sahaja.
Adakah sesiapa yang berwajib memikirkan perkara ini.....???
.
JADIKAN IMPIAN INI SEBAGAI SATU REALITI...
insyaAllah tiada lagi rusuhan bola di Kelantan

.....haibasa.....

No comments:

Post a Comment