Wednesday, January 28, 2009

HANG TUAH adalah seorang WANITA....???

** Sejarah telah lama memperkatakan tentang Pahlawan Melayu HANG TUAH. Semua menekankan di atas kesetiaan dan kepahlawanan juga jasanya kepada Negeri Melaka. Saya cuba membuka satu lipatan baru.....mungkinkah HANG TUAH adalah seorang wanita...?? Persoalan ini timbul apabila melihat dari ciri adat dan cara hidup orang melayu, khususnya di negara kita TANAH MELAYU ini. Melalui tabiat, adat juga tingkahlaku orang melayu telah terbawa-bawa sejak dari dulu lagi dan dipatuhi zaman berzaman.
.
Bukti pertama..... Terdapat sebuah perigi dinamakan "PERIGI HANG TUAH" di Melaka. Mengapa tidak terdapat perigi HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG KASTURI juga HANG LEKIU. Ini kerana adat melayu takkala berzaman lelaki dan wanita mempunyai tempat aktiviti dan berbeza dan lain-lain, semuanya secara berasingan. Contohnya bilek tidur, ruang rumah, tempat solat apa lagi bilik mandi. Maka sebab itulah dibina sebuah perigi khas buat HANG TUAH untuk mandi manda dan bersiap. Sebab itulah juga ia dinamakan "PERIGI HANG TUAH". Perigi ini hanya digunakan oleh HANG TUAH seorang sahaja. Ianya amat "EKSLUSIF".
.
Bukti kedua..... Apabila dititah oleh Sultan Melaka untuk pergi dan membawa balik Tun Teja dari Pahang, HANG TUAH pergi dengan rela hati dan berjaya "memperdaya" Tun Teja untuk dibawa ke Melaka dan akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Pada masa itu memang telah tersohor akan kejelitaan dan kecantikan Tun Teja. Dalam menjalankan tugasnya HANG TUAH sudah sedia merasai akan perasaan Tun Teja telah jatuh hati dan tertarik kepadanya. Namun dia juga mengetahui dan menyedari bahawa itu adalah di luar tabie. Lalu menyorok di sebalik ketaatan kepada Sultan lalu beliau menolak "cinta" Tun Teja walaupun ketika itu Tun Teja amat kecewa dan terpaksa "diselamatkan" dengan "sepiak sireh jampi" barulah perasaan Tun Teja dapat dilumpuhkan. Jika HANG TUAH adalah seorang lelaki, adat kata agak susah dan betapa goyahnya berhadapan dengan seorang yang "amat jelita' seperti Tun Teja. Apalagi ketika itu dianya bukan bertepuk sebelah tangan.
.
Bukti ketiga..... Hubungan yang rapat dan "terlalu akrab" dengan Hang Jebat menyebabkan hanya Hang Jebat seorang saja yang mengetahui "rahsia jantina" HANG TUAH. Sebab itulah dalam zaman "perguruan persilatan" dengan Adi Putra, Hang Jebat tak pernah "menang" dan selalu "mengalah" kepada HANG TUAH semasa berlatih. Sebab Hang Jebat adalah manusia yang mempunyai "semangat persahabatan" yang kukuh dan amat padu sekali. Hang Jebat mempunyai jatidiri yang tinggi. Dia takkan menganiayai wanita. Apa lagi mereka sudah berjanji sehidup semati sejak dari kecil lagi. Apabila mahaguru Adi Putra meramalkan kematian Hang Jebat adalah di tangan HANG TUAH sebenarnya Hang Jebat tak percaya kerana HANG TUAH hanyalah seorang wanita. Semasa pertarungan dengan HANG TUAH, Hang Jebat telah beberapa kali berpeluang untuk membunuh HANG TUAH apalagi keris "Taming Sari" berada di tangannya. Namun dia mengelak dari menikan dan membunuh HANG TUAH di atas prinsip tadi tak mahu menganiayai wanita dan tak sanggup membunuh wanita. Demi seorang pendekar. Hang Jebat mengorbankan dirinya sebagai "wira" tanpa menguburkan prinsipnya sebagai pendekar sejati. Biar mati "di tangan wanita" asal tidak menang "hanya dengan wanita".
.
Bukti keempat..... Hang Jebat begitu marah dan sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka walaupun telah sekian lama taat dan patuh juga berjasa kepada Sultan. Hang Jebat marah kerana sultan telah menuduh HANG TUAH telah "berkhendak dan bermukah" dengan dayang istana. Sebab Hang Jebat tahu yang HANG TUAH adalah wanita mana boleh melakukan perkara sumbang itu. Tuduhan itu telah menjatuhkan maruah HANG TUAH apatah lagi, demi persahabatan dan menjaga maruah kaum wanita, Hang Jebat telah bangun menuntut bela. Ada juga yang sifatkan perlakuan Hang Jebat itu sebagai derhaka. Namun itu terpulang atas prinsip dan tafsiran masing-masing.
.
Bukti kelima..... Walau dikira remeh tapi amat kukuh. Mendengar berita HANG TUAH dititah untuk dibunuh, dan Bendahara telah menjalankan titah tersebut, maka Hang Jebat mengamuk di seluruh Melaka dan sampai ke istana, semua pendekar di Melaka dikerah untuk menyekat dan membunuh Hang Jebat, namun gagal menyainginya begitu juga semua sahabat dan rakan perjuangnya juga gagal mengalahkan Hang Jebat. Namun bendahara mencadangkan HANG TUAH untuk menghapuskan Hang Jebat, walaupun pada masa itu, Bendahara terpaksa menyembahkan sembah derhaka kerana tidak membunuh HANG TUAH setelah dititahkan Sultan tempoh hari. Kembali kepada titah Sultan untuk membunuh HANG TUAH kepada Bendahara. Bendahara telah membawa HANG TUAH ke hutan belantara untuk dibunuh. Apabila Bendahara memohon untuk menikamnya, HANG TUAH dengan setia melutut dan membuka baju. Mungkin katanya "Jalankan perintah Tuanku....bunuhlah hamba...hamba redha..." Apabila mencabut keris dan mengangkat keris untuk menikam HANG TUAH, Bendahara terperanjat setelah melihat "buah dada" HANG TUAH dan mendapatinya seorang wanita. Bendahara tidak tergamak untuk membunuh seorang wanita walaupun itu adalah perintah Sultan. Bendahara juga pendekar macam Hang Jebat. Maka selamatlah HANG TUAH.
.
Itulah sedikit penemuan baru dalam sejarah yang diasaskan kepada kajian berlandaskan kepada alam sekeliling dan adat istiadat kita masa kini. Samada ia benar atau tidak hanya ALLAH yang maha mengetahuinya. Sebab kita semua tidak berada di zaman itu. Ianya telah lama meninggalkan kita. Namun demikian ianya amat menarik untuk kita memikir dan melihat ini sebagai satu kajian ilmiah. Benarkah HANG TUAH itu adalah seorang WANITA.....???
.
.....kubaite.....

9 comments:

  1. Ya Hang Tuah seorang wanita@tomboy menurut guru saya

    ReplyDelete
  2. aku baru dgr citer ni semalam..balik2 je umah terus google

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...

    Apa merepek korang ni Der...
    Kitab Hikayat Hang Tuah da abeh baca belum??
    Tau tak beza antara keris permainan dengan keris Hukum?
    Tau tak keris hukum dihunus mcmana?
    Tau tak kenapa Hang Tuah ada perigi sendiri?
    Tahu tak ilmu dan amal Hang Tuah?
    Tau tak corak permainan tapak Hang Tuah; berkelek dan bergelek ataupun bertapak dan mengelak?

    ReplyDelete
  4. Sri mersing, citer la kat kitorg. Jgn kedekut ilmu.

    ReplyDelete
  5. wahai saudara... Hang Tuah adalah lelaki

    1) perigi mmg menjadi salah satu sumber air pada ketika itu.. mungkin perigi itu kerap digunakan oleh Hang Tuah lalu dinamakan Perigi hang tuah ~

    2)Hang Tuah mrupakan seorang yg taat kpada sultan dan patuh segala arahan baginda.. Hang Tuah juga seorang Alim dalam bidang agama kerana telah berguru dengan seorang ulama..x salah la kalau Hang Tuah berjaya mengawal nafsu ketika memujuk tun teja..

    3) main reka je yg hang jebat kalah sebab mengalah.. kita semua tahukan yg Hang Tuah sememangnya handal dalam pertarungan..

    4) mmg Hang Tuah telah difitnah..xkanlah Sultan mahu menuduh Hang Tuah lesbian sedangkan gejala tersebut masih belum wujud di zaman itu...dia difitnah telah bermukah dengan dayang...sprti kebiasaan , lelaki difitnah sama seperti Nabi Yusu a.s yg difitnah..~

    5) yg ni aku x paham.. korg x penah bace ke hikayat Hang Tuah.. Hang Tuah memotong kayu tanpa berbaju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah le sedara... Saya tergelak juga baca coretan alasan mengenai Hang Tuah tu. Memandai je diorang ni...ntah dari mana datang ilham tu pun tak tau le... Sampaikan perigi pun jadi alasan.... Aduhaiii...

      Delete
  6. salam...
    mmg pernah dngar pasal hal ni...dari org jawa!!!
    mendidihhati ni...tapi dgr le sb kite melayu kena hormat dng org tua...perempuan mmg hakikatnya tenaga pegerkkannya lemah dan kurang dari pada lelaki...mane ade bola sepak perempuan lawan ngn laki kan??mmg kurang akal la..kite pun bleh fikir akan kalah juga..!!!!tpi mcmne hang tuah boleh mndapatkan keris taming sari???

    ReplyDelete
  7. Tak silap, Taming Sari tu nama seorang pahlawan yang handal di tanah jawa. Setelah Hang Tuah berjaya menewaskan Taming Sari, maka keris milik pahlawan jawa dianugerahkan kepada Hang Tuah. Maka keris tamingsari itu adalah sempena nama pemiliknya. Nama sebenar keris tersebut tak diketahui.

    ReplyDelete